Detox: Kenali & Fahami Detox Sebenar

.

Masih Tak Faham Kenapa Perlu Detox?

Tahukah Anda Setiap Hari
Kita Terdedahan Kepada Toksin?

DetoxUntukKurus-Daun

Dalam entri kali ini saya akan berkongsi sedikit ilmu yang saya dapat dari kelas nutrisi berkenaan TOKSIN & DETOX yang saya belajar minggu lepas.

Korang tau tak? Sebenarnya dalam kehidupan kita setiap hari, kita sangat terdedah kepada TOKSIN?

Antara contoh yang paling mudah adalah TOKSIN boleh datang dari bahan pewangi (minyak wangi), deodoran, mahupun dari produk produk kosmetik yang kita digunakan. Ia juga termasuk pewangi rumah/pejabat.

Perasan tak, sekarang dah banyak tempat ada pewangi yang automotik spray secara berkala mengikut masa yang di tetapkan. Semakin banyak di gunakan sekarang ni kan?

Itu belum kira keadaan persekitaran seperti asap kenderaan dan sebagainya.

Majoriti produk produk tersebut mengandungi bahan kimia yang mungkin boleh mendatangkan kemudaratan kalau kita tidak menjaga kesihatan kita dengan betul.

Malah ada satu kajian menunjukkan, “PARABEN” yang terkandung dalam produk kosmetik pernah di jumpai di dalam sel kanser payudara.


Apa Itu Toksin

Toksin adalah sejenis bahan yang boleh menyebabkan kesan buruk kepada manusia.

Biasanya, sistem imunisasi, hati dan buah pinggang  akan bekerja bersama sama untuk membuang toksin dari badan.

Bila toksin dalam badan terlalu tinggi, ia tidak akan dapat di buang sepenuhnya oleh badan kita. Lebihan toksin yang tidak dapat di buang itu akan tersimpan dalam badan sehinggakan toksin tersebut di keluarkan.

Toksin tersebut boleh tersimpan di dalam badan kita selama bertahun tahun tanpa mengalami apa apa gejala negatif. Tetapi apabila longgokan toksin sudah menjadi terlalu banyak/tinggi, ia akan mula mendatangkan pelbagai penyakit.


6 Sistem Penyingkiran Semulajadi

6 Sistem ini secara semulajadinya berfungsi untuk meneutralkan & menapis toksin keluar dari badan kita untuk memastikan kita kekal sihat.

6 Sistem tersebut adalah seperti berikut.

  1. Kolon (Mengeluarkan Najib, Toksin, Parasit & Bakteria)
  2. Hati (Menapis racun & Bakteria dalam darah)
  3. Buang Pinggang (Menapis kotoran dalam darah)
  4. Limfa (Mengeluarkan toksin daripada sel badan)
  5. Peparu (Mengeluarkan Gas seperti karbon di oksida)
  6. Kulit (Mengeluarkan toksin berlebihan melalui Peluh & Liang Roma)

DetoxUntukKurus-6Jenis

Mungkin bila anda dah baca sehingga ke perenggan ini anda baru perasan yang kebiasaan produk detox yang di promosikan oleh pelbagai jenama di pasaran kebanyakannya adalah menjurus untuk mencuci kolon(usus) je kan? So macam mana dengan 5 yang lain? 🙂

Renung renungkan… 🙂


Siapa Perlu Detox?

Ada 8 tanda penting yang kita perlu ambil berat. Tapi untuk topik ini saya akan berkongsi di dalam entri yang akan datang.

sila langgan melalui email di ruangan langgan untuk mendapat update terkini dari RotiTelur.com

Tags:

About the Author

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Top