Tips Kurus: Boleh Makan Roti Canai Ke?

TipsKurusRotiCanai

Tengah Cari Tips Kurus Yer?


Abam tahu… Sebab tu anda terjumpa entri ini. Betul ke Betul??? 🙂 Hehe..

Jangan risau, dalam entri ni abam memang nak bagi tips kurus pun. Cuma kali ni abam akan berkongsi berkenaan Tips Kurus vs Roti Canai.


Okay la.. Biar abam teruskan dengan tips kurus abam kali ni.

Korang perasan tak?? Ramai orang kat malaysia ni suka sangat bila nak berdiet je cari makanan yang kononnya ringan ringan. Tak nak makan heavy katanya.

Roti canai adalah antara pilihan yang paling popular di antara makanan yang konon nya ringan tu kan.

Pagi-pagi bila nak sarapan katanya malas nak makan nasi lemak. Sebab katanya nasi lemak berat. So, bila lepak kedai mamak apa lagi.. Roti canai lah jadi pilihan hati.


“ROTI CANAI BANJIR SATU, DENGAN SAMBAL TAU ANNEY!”

Paling popular, paling senang, paling cepat. Siapa yang tak suka kan? Ramai sangat orang gemar akan roti canai ni untuk di jadikan juadah di waktu pagi.

Abam tau tak salah pun untuk makan roti canai tu. Tapi, kalau anda dalam proses untuk lebih Kurus. Abam tak sarankan ia di jadikan menu untuk sarapan pagi.


Nak Tahu Kenapa??

Tinggi Kalori

Sebab yang paling utama adalah kandungan Kalori dalam roti canai yang tinggi. Dalam hidangan sekeping roti canai sahaja telah mancapai 300 kalori. Adakah anda hanya makan sekeping roti canai?

Abam yakin, mesti ada yang order kat mamak tu minuman manis macam teh tarik, milo dan sebagainya kan??? Ada pulak yang order kuah banjir lagi.. 🙂

Bila di campur kandungan kalori untuk hidangan roti canai + minuman manis tu mungkin dah melebihi 400 kalori hanya untuk sarapan pagi yang kononnya ringan.

Itu belum lagi saya campurkan kalori untuk kuah roti canai yer. Dan kalau kuah tu banjir sudah pasti kalorinya lebih banyak sebab kuah yang digunakan lebih banyak dari yang biasa.

Macam mana pulak yang bersarapan roti telur atau 2 keping roti canai dalam satu hidangan??? Herm… Anda kira dan renungkanlah sendiri yer.. hehe

Ini bagi saya satu pembaziran Kuota Kalori Harian kita. Kalau pagi je anda dah menggunakan kuota sebanyak 500-600 kalori. Macam mana pulak dengan hidangan snek, makanan tengah hari & makan malam?

Entah entah terlebih kuota pulak.. So, macam mana nak kurus?

p/s: kalau anda belum paham apa itu kuota kalori jangan lupa langgan blog ohkurus.com ni. InsyaAllah, kami akan berikan perkongsian ilmu kurus untuk anda. Yang penting anda hanya perlu rajin membaca & amalkan je tips kurus yang kami kongsikan.

Berminyak

Alasan kedua saya pula adalah ia mengandungi minyak yang tinggi. Yer, walaupun kebanyakan roti canai ni kita tak nampak sangat minyak dia tu secara mata kasar.

Tapi.. tepung yang di uli uli uli oleh mamak tu dah meresap banyak minyak. Kita semua tahu kan yang minyak tu tak sihat sebab boleh mendatangkan banyak penyakit.

So.. ofkos la nak kurus juga perlu elakkan makanan yang mengandungi minyak kan..


Cadangan Abam Untuk Tips Kurus Kali Ini

Sebenarnya bukan lah tak boleh makan roti canai ni. Boleh je makan, tapi dalam proses nak kurus kan badan tu abam tak galakkan anda ambil roti canai sebab bagi abam ada banyak lagi makanan lain yang lebih mengenyangkan tetapi rendah kadar kalorinya.

Kalau teringin sangat nak makan masa dalam proses nak kurus kan badan tu boleh, Tapi ambil dengan keadaan terkawal. Tahu tak, nak bakar kalori untuk satu hidangan sekeping roti canai + minuman manis kat kedai mamak tu memerlukan anda jogging selama 90 minit untuk membakarnya?

Ingat yer.. Bukan abam tak bagi makan, cuma kenalah berhati-hati dan minimumkan kekerapan serta kadar pengambilannya bagi mengelakkan didatangi penyakit berbahaya akibat obesiti.

Biasalah, geng penyakit kronik ni datang bukan satu tapi berpakej.. faham kan?

Jadi, jom jaga pemakanan dan jaga kesihatan anda. Jom kurus dan sihat!

JANGAN LUPA LANGGAN TIPS KURUS ohkurus.com

Tags: ,

About the Author

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Top