Tips Kurus: Selalu Rasa Lapar? Kenapa Lapar Adalah Satu Tanda Yang Baik Untuk Anda

 

Rasa lapar adalah perkara biasa. Sebagai seorang yang aktif bersenam atau bersukan adalah nomal untuk merasa lapar. Lebih kuat anda bersenam, lebih banyak anda makan.0 Tapi persoalannya KENAPA?

Apa yang telah berlaku kepada badan anda? Dan, Bagaimana anda boleh mengelak perkara ini daripada menjejaskan proses anda untuk dapatkan apa yang anda inginkan?

TipsKurusKerapRasaLapar

LAPAR ITU BAGUS

Ramai orang di luar sana runsing dan selalu berkata pada diri sendiri “KENAPA AKU SELALU RASA LAPAR???” Biasa, rasa kerap lapar ini di lihat sebagai perkara yang tak baik Tapi sebenarnya rasa lapar itu menunjukkan tanda yang bagus.

Ia adalah petunjuk bahawa badan kita menggunakan makanan itu sebagai sumber tenaga sebagaimana yang sepatutnya berlaku.

Dan bila anda rasa lapar, ia memberimakna yang badan kita memerlukan tenaga yang lebih lagi.

Jadi, selagi anda tahu apa yang sepatutnya perlu anda makan dan anda bijak membezakan kelaparan yang sebenar atau saja saja nak mengunyah, ia masih di kira bagus untuk anda.

BILA OTOT ANDA YANG LAPAR, ANDA AKAN TAHU  TENTANGNYA

Selepas membuat senaman “Mengangkat Bebanan” dan “Latihan Kekuatan” biasanya akan membuatkan anda terasa sangat lapar.

Sebagaimana bila tisu pada otot kita sedang dalam proses pemulihan selepas Mengangkan Bebanan, ia akan meraung meminta makanan untuk membantu dalam mendapatkan kembali  tenaga.

Dan, lebih banyak otot yang anda ada, maka lebih kuat la rasa kelaparan yang anda bakal alami.

Jadi, sediakan protin baik yang cukup untuk di dalam simpanan anda untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

KELAPARAN ATAU DEHIDRASI?

Jika anda membuat senaman dalam keadaan cuaca yang panas, anda akan rasa kelaparan selepas membuat senaman.

Jaga jaga dengan perasaan lapar seperti ini. Sebab, ia mungkin hanyalah sekadar dehidrasi sahaja.

Bila badan telah mengeluarkan peluh yang banyak semasa senaman, kita akan kehilangan sodium. Ini akan membuatkan badan kita menginginkan Gula & Garam.

Bila dalam keadaan ini. Anda hanya perlu minum air yang banyak sebelum anda membuat keputusan untuk mendapatkan makanan.

Selepas itu anda akan sedar bahawa, sebenarnya anda tidak lah lapar mana pun.

ELAKKAN TERLEBIH MAKAN

Ya, rasa kelaparan itu bukanlah bagus setiap masa. Jangan lah bila anda terasa lapar anda terus mengambil makanan sampai anda kenyang. Ini akan membuatkan anda terlebih makan.

Lebih lebih lagi bila anda mengambil makanan yang kononnya sedikit/ringan kerana ia tidak akan membuatkan anda rasa kenyang dan membuatkan anda rasa lapar lagi selepas beberapa jam.

Pilih lah makanan yang seimbang. Ambil nutrisi seimbang dan tinggi protein untuk membuatkan anda rasa kenyang yang lebih lama.

 

Tags:

About the Author

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Top